Seramai 41 pelajar Pengajian Malaysia , Asian Tourism International College, Kota Kinabalu Sabah, telah mengadakan ekspedisi atau lawatan sambil belajar ke Bandar Sandakan pada 15th Julai hingga 18th Julai2010. Seorang guru penasihat Pengajian Malaysia turut serta, iaitu Encik. Abin Hj. Alpisa dan juga seorang guru dari Asian Tourism International College iaitu Encik Fabian Fung juga mengikuti ekspedisi ini.
Pada 15th Julai 2010, kami diminta berkumpul di bangunan baru Asian Tourism International College pada pukul 7.00 malam tepat. Selepas itu, kami diarahkan untuk menaiki bus yang ditaja oleh Sairah Express untuk menuju ke Sandakan. Pada pukul 7.45 malam, bas kami telah tiba di depan bangunan baru ATIC dan separuh daripada kami berebut ke dalam kerana kami hendak memilih tempat duduk yang berada di bertengahan kerana tempat duduk di bertengahan adalah lebih sesuai dengan perjalanan panjang supaya saya dan rakan – rakan saya tidak berasa pening kereta dan segelintir pelajar menyimpan bag bag mereka di bawah kereta bas itu. Selepas itu, bas bermula bergerak pada jam 8.00 malam untuk menuju ke Sandakan. Dalam masa yang sama, semasa bas telah bermula perjalanan, Laura Chung (Pengerusi oleh Pengajian Malaysia) mengambil kehadiran.
Dalam perjalanan ke Sandakan, cuaca telah membuat kami risau kerana perjalanan ke Sandakan mengambil sebanyak 6 hingga 7 jam. Oleh kerana perjalanan dari bangunan baru ATIC ke Sandakan adalah jauh, nasib baik pemandu bas kami telah membuka wayang CD supaya kami tidak berasa bosan dan merasa muntah atau pening kereta. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian pelajar menonton wayang itu dan juga besar bahagian daripada pelajar adalah tidur di dalam bas. Dalam beberapa jam kemudian, kami telah berhenti rehat di sebuah kawasan sekitar Telupid pada pukul 10 malam. Apabila kami telah tiba di sana, semua pelajar pergi ke tandas manakala saya, Amy, Vivian dan Thien mengambil giliran untuk pergi ke tandas dalam bas kerana kami mengetahui bahawa semua pelajar akan merebut dan menunggu giliran ke tandas. Selepas itu, kami menurun dari bas dan pergi arah yang ada menjual makanan. Di situ kami ternampak banyak pelajar memanggil “Maggie” untuk mengisi perut mereka. Sementara, saya dan Amy telah memilih kepak ayam untuk mengisi perut kami juga dan kami mendapati bahawa kepak ayam itu amat mahal kerana size kepak ayam itu adalah kecil dan bukan sedarhana ataupun besar. Namun demikian, saya dan Amy pun telah membeli kepak ayam pun kerana kami sangat suka makan kepak ayam.
Selepas semua orang telah puas hati dengan makanan mereka, kami pun bersemangat dan berangkat lagi dari Telupid ke Sandakan. Pada masa itu, pemandu bas kami pun memasang wayang CD itu dengan mana yang telah berhenti tadi. Selepas itu, saya dan rakan rakan menggunakan telefon bimbit kami untuk melawati “Facebook” manakala pelajar yang lain tidur di dalam bas lagi.
Pada jam 3.25 pagi, kami telah selamat tiba di depan hotel. Pada mulaannya saya beranggapan bahawa bandar ini adalah bandar yang kecil serta terpencil tetapi ia adalah sebuah bandar yang makmur serta sedang pesat dibangunkan dan ini secara tidak langsung telah mengubah pandangan saya terhadapnya. Nama hotel yang kami tinggal adalah Hotel Seafront. Pada masa itu, Encik Abin beritahu kepada kami bahawa pada jam 7 pagi baru kita boleh daftar masuk ke dalam hotel itu. Walaubagaimanapun, kami pun telah masuk ke dalam hotel lobi itu dan menyimpan bag kami yang berat dengan bantuan Encik Fabian yang telah menolong kami untuk menyimpan dan menyusun dengan cemas. Pada masa itu, Encik Abin telah mencadangkan bahawa pergi ke kedai 24Jam yang berhadapan dengan hotel New Sabah Hotel untuk minum dan mengambil masa. Besar kumpulan daripada pelajar telah pergi kedai untuk minum manakala segelintir daripada rakan saya telah meninggal di hotel lobi untuk mengambil kesempatan untuk rehat di sana dengan kerusi yang amat keras. Dengan masa itu, saya dan beberapa rakan telah penat sebab tidak mengambil masa untuk tidur. Oleh itu, kami mengambil kesempatan untuk berehat dan menyelapkan mata kita.
Pada pukul 5.51pagi, saya dan beberapa kawan yang berada di hotel lobi rehat telah bangun. Dan kami berasa hairan mengapa semua orang telah hilang. Jadi sayan telah menghantar SMS kepada 1 kawan saya dan bertanya di mana berada mereka. Dia membalas kepada saya bahawa mereka berada di laut untuk mengambil gambar dan juga bersembang di sana, Selepas itu, kawan kawan saya pun telah bangun, maka saya bercadang untuk pergi ke laut sana bersama mereka dan juga mengambil gambar permadangan yang terdapat di Sandakan. Selepas itu, pada pukul 6.35 pagi, kami semua bermula balik ke hotel untuk bersedia daftar masuk ke dalam bilik. Tetapi malangnya, kami terpaksa lagi menunggu sebanyak 30 minit lagi baru boleh daftar masuk ke bilik.
Pada pukul 7 pagi tepat, kami telah dibenarkan masuk ke bilik dengan bilangan dalam 10 dalam 1 bilik untuk bersiap sedia dengan mencuci muka serta mengosok gigi untuk menyegarkan diri selepas tidak tidur semalaman dan meneruskan aktiviti seterusnya. Lebih kurang 7.02pagi, saya, Amy, Vivian dan Thien telah siap cuci muka serta mengosok gigi, kami pun turun ke lobi dan pergi ke kedai yang paling berhampiran dengan hotel kami untuk makan sarapan. Sebelum kami pergi makan sarapan, kami diminta berkumpul kembali di lobi hotel pada pukul 8.00 pagi.
Justeru itu, dengan perut yang telah diisi kenyang, kami telah berkumpul di dalam lobi hotel dengan perasaan yang gembira dan juga penat sedikit kerana semalam semua pelajar tidak rehat. Pada pukul 8.10 pagi, bas kami yang bertaja kami (Sida) yang berwarna kurning telah sampai ke depan Hotel Tulip dan membawa kami menuju ke lawatan kita yang pertama iaitu Sepilok dengan melawati specis haiwan yang kian makin pupus pada masa kini iaitu orang utan. Pada perjalanan menuju ke Sepilok, rakan saya – Edmund Lo adalah orang Sandakan dan dia memberitahu kepada saya tempat – tempat yang kami berlalu semasa itu. Pada pukul 8.50 pagi, kami telah selamat tiba Sepilok. Kami diminta untuk sabar menunggu sehingga 9.30 pagi kerana pada masa itulah orang utan akan diberi makanan dan lebih banyak orang utan akan muncul berbanding dengan masa-masa yang tidak tertentu. Cara mengayut orang-orang utan itu berjaya menarik kesemua perhatian pelawat-pelawat. Pada masa itu, saya dan rakan rakan lain pun mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dengan rakan kursus yang lain dengan permandangan yang cantik.
Kami berada di dalam dan menuggu orang utan keluar dengan hati yang tenang dan senyap sebab pekerja di sana memberitahu kepada kami bahawa jika kami terlalu bising, orang utan itu tidak akan keluar. Pada pukul 10 tepat pagi, kami telah bernampak satu kecil orang utan yang menghayut dari satu pokok ke satu pokok dan pergi ke tempat pekerja yang member makanan kepada orang utan itu. Selain daripada itu, terdapat juga seekor orang utan yang dipanggil untuk makan, tetapi orang utan itu telah pergi ke tempat lain. Demikian, saya dan beberapa rakan mengambil kesempatan untuk mengambil gambar orang utan itu. Selepas itu, saya dan Vivian ternampak sekeluarga dari Hong Kong telah membawa anak bayi mereka untuk pergi menonton orang utan, dan kami berasa bayi itu sangat comel dan kami mengambil gambar bayi itu lalu bermain bersama dia.
Oleh kerana masa mencemburi kita, kita terpaksa meninggalkan tempat itu dengan berat hati pada pukul 10.50 pagi dan menuju ke seterus tempat lawatan iaitu Rainforest Discovery Centre. Di sini, kami diberi pendekatan kepada flora dan fauna. Kami tidak mensia-siakan peluang dengan mendapatkan canopy walk. Batang-batang balak yang besarnya lebih daripada dua pemeluk menjadikan persekitaran di sini redup dan dingin. Kita juga bersempat menyeberangi tasik di situ dengan menggunakan jambatan gantung serta kami berjaya memanjat Bristlehead Tower dengan ketinggiannya mencapai lebih kurang 5tingkat bangunan. Nama Bristlehead Tower ini diambil sempena nama burung Borneo Bristlehead.
Akhir sekali, kami meninggalkan tempat ini pada pukul 12.05 tengah hari. Pada masa itu, semua pelajar berasa penat dan telah tertidur di dalam bas. Walau bagaimanapun, keadaan di jalan raya adalah amat sesak kerana masa yang kami berangkat adalah masa makan tengah hari. Oleh itu, banyak pekerja memandu kereta mereka untuk pergi makan.
Selepas itu, kami bertolak ke Crocodile Farm pada pukul 12.35 tengah hari. Di sini, kami tidak berpeluang untuk melawat masuk ke dalam tempat tinggal buaya kerana semua pelajar pun telah penat sekali dan tidak ada tenaga lagi untuk melawat tempat – tempat yang diberikan. Oleh itu, Encik Abin memanggil pengerusi kita (Laura) untuk beratur dan mengambil RM20 sebagai bayaran yang lebih daripada kos itu. Selepas itu, pada pukul 1.30 petang, kami telah sampai ke hotel dan daftar masuk ke bilik. Seorang daripada kawan saya (Thien), ibunya telah membawa telur tart kepada kami makan. Selain itu, ibunya juga membawa kami pergi ke Restoran Hawaii untuk makan tengah hari.
Selepas itu, kami juga berjalan – jalan berhampiran di sana. Dan kami telah mendapati bahawa Sandakan adalah satu tempat yang besar dan agak lama. Setahu saya, terdapat sebahagian kedai masih juga menggunakan kedai yang sangat lama. Dan ini telah membuatkan saya teringat pada zaman – zaman yang dahulu. Kedai yang pertama kami melawati adalah kedai gambar yang sangat lama dengan menjual filem – filem dan juga gambar yang berwarna kelabu juga terdapat di dalam kedai itu. Selain daripada itu, kami juga mengunjungi kedai kek yang bernama Fat Cake House yang saya boleh melihat terdapat banyak cawangan di sana. Selepas itu, kami mengujungi sebuah CD kedai juga untuk melihat lagu lagu. Dan juga kami mendapati harganya adalah lebih murah daripada Kota Kinabalu kedai yang jual.
Selepas itu, kami ingin bermakan satay, dan kami telah bertanya berhampiran jiran – jiran kedai dan telah mengetahui bahawa terdapat sebuah satay kedai yang amat terkenal dan kami telah pergi makan di sana. Selepas itu, kami menuju ke tempat yang bernama “Waterfront”, kami pergi ke sana untuk menengok laut dan kami agak tidak nasib baik kerana cuaca pada masa itu adalah hendak hujan. Jadi, kami pergi ke 520 Café yang terdapat menjual ais ais untuk melegakan badan kami. Selepas itu, kami berasa amat penat sekali dan kami balik ke hotel pada pukul 4.40 petang untuk rehat dan mandi.
Pada pukul 6.30 petang, kami semua telah siap mandi dan kami telah berfikir untuk makan makanan apa pada waktu malam. Malang tidak berbaunya, kami menelefon satu kawan, dia berkata bahawa mereka sedang makan malam mereka satu jam yang lalu di Oceak King Seafood. Jadi, saya, Amy, Thien dan Vivian pun berasa sedih sedikit dan kami bercadang pergi makan KFC. Pada pukul 7 tepat malam, kami hendak pergi makan KFC, secara tiba – tibanya telah hujan lebat dan nasib baik kami masih berada di lobi hotel. Dengan menunggu hujan itu tidak turun lagi, kami pun menunggu di kerusi lobi hotel itu manakala bersembang kosong bersama kawan saya. Selepas 10 minit kemudian, walaupun hujan tidak kuat lebat seperti tadi, tapi kami tetap boleh pergi ke KFC sana untuk makan. Semasa perjalanan kami pergi ke KFC kedai, kami menemui Fred and Kaesen lalu kami bertanya bahawa mereka makan malam di mana. Mereka menjawab Restoran Tomato yang berhampiran dengan hotel kita juga dengan berjalan 1 bangunan dan pusing ke kanan sahaja. Dan pada pukul 8.12 malam, kami telah siap makan malam kami dan balik ke hotel untuk rehat dengan aktiviti yang terdapat pada hari yang seterusnya.
Pada 17th Julai 2010, saya telah dibangunkan oleh bunyi loceng telefon bimbit pada pukul 6.50 pagi dan bersiap sedia untuk bersarapan pagi dengan kawan-kawan di lobi hotel yang telah disediakan. Pada jam 8.00 pagi tepat, semua pelajar telah berkumpul di pintu SeaFront Hotel untuk bersedia melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Sandakan dengan berjalan kaki.
Pada pukul 8.10 pagi, tempat pertama bersejarah yang kami lawati ialah Malaysia Fountain, ia terletak di tengah tengah jalan raya bandar Sandakan yang mengatakan bahawa Malaysia Fountain itu lama tidak mengeluarkan air. Selepas itu, kami menuju ke Sandakan Heritage Museum dan tiba pada pukul 8.25 pagi. Di sana, kami hanya bergambar di luar sahaja kerana pada masa yang kami pergi adalah hari Sabtu, kemungkinan besar di muzeum itu tidak buka pada hari Sabtu.
Selepas itu, kami menuju ke William Pryer Monumen merupakan tempat bersejarah yang ketiga kita lawati. Beliau merupakan residen pertama di Sandakan. Setelah habis bergambar, kami pun menuju ke Stairs with Hundred Steps. Tangga ini sesuai dijadikan sebagai senaman pagi kerana kebanyakkan kami bermandi peluh selepas berjaya menghabiskan tangga tersebut.
Destinasi yang berikut adalah Rumah Agnes Keith. Agnes Keith merupakan seorang penulis yang menulis sebuah trilogy tentang pengalamannya di negeri Sandakan ini. Buku yang pernah ditulis oleh beliau ialah LAND BELOW THE WIND (1939), THREE CAME HOME (1947) dan WHITE MAN RETURNS (1951). Selepas itu, kami telah dipesan bahawa cuma hanya boleh mengunjungi rumah itu tanpa mengambil sebarang gambar di dalam rumah itu. Di dalam rumah itu terdapat banyak barang artik yang dahulu Agnes Keith dan serumah dia meninggalkan. Selepas itu, kami meninggalkan Rumah Agnes Keith pada pukul 9.40 pagi.
Seterusnya, kami menuju ke English Tea House. Di situ kami Cuma hanya boleh mengetahui di situ terdapat permandangan dan juga perkhidmatan yang baik terhadap pelanggan mereka. Di sini, kami juga mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kumpulan bersama – sama.
Seterusnya, kami pun bertolak ke ST. Micheal All Angel Church pada pukul 10.26 pagi dengan selamat dan pada masa itu cuaca telah membawa sedikit hujan kepada kami. Gereja ini sungguh besar dan tingkapnya mempunyai ukiran-ukiran yang cantik dan ini secara tidak langsung telah menjadikannya lebih menonjol dari gereja-gereja yang lain. Di sini, kami telah mengambil gambar yang amat banyak kerana kami hendak mengambil gambar yang berada di tingkap atas kerana ia membawa berwarna – warni dan ia sangat menarikkan perhatian kami. Selepas habis melawat gereja ini, kami pun berangkat ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan ke Sam Sin Kung Temple, kami telah dipisahkan kerana besar kumpulan daripada mereka telah mengikut salah jalan ke destinati yang akhir manakala kumpulan lain telah dibawa ke Gereja St. Mary. Keunikannya tokong ini adalah, ia mempunyai pelbagai patung dewa dan lebih 30batang colok harus dibakarkan untuk menyembahyangkannya. Dalam masa itu, kami beringat bahawa kumpulan lain akan mengikuti kami ke tokong itu tapi Encik Abin telah menjawab panggilan daripada seorang pelajar bahawa mereka telah sampai ke bilik hotel. Selepas itu, kami telah mengambil gambar dengan berkumpulan. Akhir sekali, kami pun balik ke hotel dan mandi untuk aktiviti seterusnya.
Disebabkan Thien adalah orang dari Sandakan, ibunya telah membawa saya, Vivian dan Amy untuk melihat dan juga membawa kami pergi makan makanan yang enak. Pada masa itu juga kami berasa segan kerana telah membawa besar masalah kepada ibunya iaitu membawa kami melawat di Sandakan dan juga ibunya memasak masakan yang sedap pada waktu malam. Yang pertama sekali, ibunya membawa kami pergi makan tengah hari di sebuah rumah yang berair untuk makan mee kering berkicap dengan makanan laut. Seterusnya, kami mengikuti ibunya pulang ke rumah kerana Thien ingin balik ke rumah sekejap untuk mandi dan menukar baju. Pada pukul 3.40 petang, kami berada di sebuah kedai yang terkenal untuk makan Yogurt Ice Cream iaitu 7 Heaven. Di situ, kami telah memanggil kegemaran ais krim kami dan kami menikmati kerana di Kota Kinabalu tidak mempunyai sebuah kedai yang boleh makan dengan buah-buahan yang masih kesegaran. Selepas makan, kami pun mengunjungi ke tempat yang menjual baju dan sekedai – kedai kami memasuki sehinnga pada jam 6.50 petang baru kami pulang ke rumah Thien untuk makan malam.
Pada pukul 7.10 malam, kami bermula makan malam bersama Thien dan keluarganya. Keluarganya melayan kami dengan amat baik sekali dan secara umumnya saya terasa saya rindu akan keluarga saya juga yang berada di Kota Kinabalu. Selepas makan malam, Thien membawa kami pergi ke sebuah café yang bernama De - Loft untuk minum sambil lalu dia boleh bertemu dengan kawan – kawannya. Dan di situ kami telah berkenalan dengan beberapa kawan Thien. Pada pukul 9.30 malam, kami pun balik ke hotel untuk berehat.
Pada 18th Julai 2010, pada pukul 6.40pagi saya telah dibangunkan oleh kawan sebilik saya untuk bersiap-sedia balik ke Kota Kinabalu. Kami telah bersiap sedia dan pergi ke sebuah kedai Cina untuk makan sarapan pagi dan bergegas menuju ke hotel untuk balik ke Kota Kinabalu. Pada pukul 8.00 pagi tepat, kami semua telah berada di lobi hotel untuk menunggu bas yang membawa kami ke Kota Kinabalu, tetapi kami menunggu dengan hati yang rasa sangat penat dan rasa tidak mencukupi tidur untuk menunggu bas. Dalam masa itu, kami pun mengambil kesempatan untuk bersembang dan juga mengambil gambar bersama rakan yang lain untuk membuat sebagai kenangan. Pada pukul 9.00 pagi, akhirnya bas kami telah berhenti di hadapan pintu SeaFront Hotel dan kami membawa bag bag kami untuk naik bas dan disebabkan kepenatan kami terlalu lampau, maka saya telah berehat di sepanjang bas perjalanan hingga ke Telupid.
Pada pukul 1.25 tengah hari, bas berhenti rehat di Telupid seketika dan kami juga menjamu selera di kedai makan yang berdekatan sebelum meneruskan perjalanan. Selepas 40minit, kami pun bersedia menuju balik ke destinasi kita. Perjalanan hampir tiga jam setengah untuk sampai ke Bangunan baru ATIC menyebabkan mata terlelap kerana keletihan. Pada pukul 4.02 petang, pemandu bas itu selamat tiba di Giant Kolombong Perhentian Bas dan balik ke rumah masing-masing.
Kesimpulannya, lawatan sambil belajar ke bandar Sandakan telah memberi banyak manfaat kepada kami, khasnya dalam mengenali dengan lebih dekat lagi tentang sejarah lampau Sandakan serta keindahan semula jadi di negara ini. Pada masa yang sama, semangat tolong menolong dan nilai murni dapat kami terapkan secara praktikal.
No comments:
Post a Comment